Berikut adalah beberapa tip melupakan seseorang.
Ia telah membantu ramai orang yang tidak upaya memadamkan bayang-bayang seseorang dalam hati dan memori.
- Buang semua kenangan bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dan lain-lain termasuk no telefonnye skx. Bukan tidak lagi menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi terkenang-kenangkannya.
- Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikannya. Bukan hendak menafikan kebaikan-kebaikannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikan.
- Anggap dia dijadikan bukan untuk anda. Dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain.
- Percaya pada jodoh, takdir dan hikmah di sebalik perpisahan itu. Pasti ada.
- Carilah pengganti. Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan. Hidup perlu diteruskan dan diurus dengan baik.
- Usah biarkan hati digayut rindu, pilu.
- Elakkan kerap bersendirian tapi keluarlah aktifkan diri.
- Anggap dia tak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya.
- Faham dan percaya anda sengaja ditemukan insan yang salah supaya akan lebih bersyukur apabila bertemu insan yang betul.
- Mohon pada ALLAH supaya dia lenyap dari fikiran anda.
Motivasi
Tip melupakan seseorang yang istimewa
(Bersama: Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj)
Thursday, August 13, 2009
Melupakan Seseorang Yang Istimewa
Posted by preTTy ClumsY** at 7:23 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment