BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 1, 2009

0psss!telefon ada hadnya

8 kesan negative

1. pembaziran masa

masa yang sepatutnya kamu gunakan kepada perkara yang lebih berfaedah tetapi kamu menghabiskannya bergayut di telefon membicarakan perkara-perkara yang tidak penting sedangkan semua itu boleh kamu bincangkan apabila bersemuka nanti.

2. pembaziran wang

Kamu tidak sedar bahawa kamu telah menyebabkan bil telefon
Meningkat dan kad prabayar yang di beli mencecah beratus-ratus
Ringgit sebulan. Walaupun mungkin bukan kamu yang cari duit
Kerana semuanya disediakan oleh ibu bapamu. Tetapi cuba kamu
Fikirkan sejenak betapa sukarnya ibu bapa kamu mencari wang dan
Kamu pula membazirkannya sesuka hati. Tidak ada gunanya
Bergayut lama-lama lebih-lebih lagi seandainya kamu masih ber
Peluang berjumpa pada keesokan harinya.

3. terlepas sesuatu yang penting

Terlalu asyik berbual di telefon, kamu mungkin akan terlepas sesuatu
Yang penting. Cuba kamu fikirkan andainya kamu bergayut di
Telefon berjam-jam dalam masa yang sama ada panggilan yang
Masuk tetapi tidak boleh diterima kerana talian sedang
Digunakan. Kebetulan pula panggilan tersebut amat penting. Tentu
Ini akan menyusahkan banyak pihak..

4. mengganggu orang lain

Ada kalanya kamu mengganggu orang lain yang berada di dalam
Rumah atau mereka yang berada disekelilingmu . kamu bercakap
Dan ketawa tanpa memikirkan orang sekeliling. Seperti mahu semua
Orang tahu apa yang dibualkan. Bercakap sudahlah kuat,, lama pula
Tue.. mahu orang tak marah. Cuba kamu berada ditempat teman
Kamu itu,, pasti kamu rasa ianya menyakitkan.

5. pentingkan diri

Bagi yang gemar bergayut menggunakan telefon di rumah, tidak ada
Perkataan lain yang boleh digunakan selain pentingkan diri sendiri.
Sekiranya setiap malam hanya kamu sahaja yang menggunakan
Telefon bagaimana dengan orang lain yang mahu menggunakannya.
Mungkin mereka segan untuk menegurnya tetapi faham-faham
sajalah Pandangan orang terhadap kamu.

6. kesan negative

Tanpa di sedari terlalu lama bergayut di telefon juga dikatakan boleh
Memberi kesan negative kepada otak, banyak fakta telah diberikan
Telefon tidak baik untuk otak terutama telefon bimbit. Oleh itu,
Andainya kau mahi hidup lama, elakkan daripada terus bergayut
Dalam telefon.

7. kurang bertemu

Apabila sudah setiap hari kamu berbual di telefon , sudah tentu kamu
Kurang berjumpa dengan kawan-kawanmu atau yang tersayang .
Bagi kamu mugkin dengan cara ini sudah memadai dan tidak perlu
Lagi kamu berjumpa dengan mereka. Namun kamu tidak sedar
Bertemu lebih mengeratkan perhubungan daripada kita berbual di
Telefon terutama bagi pasangan bercinta

8. tidak telus

Kau harus tahu bukan semua yang berbual dengan kamu di dalam
Talian telefon adalah telus. Ada orang yang suka berbohong kerana
Tahu orang di sebelah pihak lagi bukannya boleh Nampak apa yang
Dilakukan. Misalnya kamu memarahi kekasih kamu dalam telefon
Sedangkan dia tidak sedikit pun mendengarnya, malah meletakan
Telefon di tempat lain. Sedangkan kamu menghabiskan masa berjam-
Jam bercakap dengan harapan dia dengar tetapi sebaliknya yang
Berlaku.