

ptotkah ak menyakitkan ati owang len?.. ak takut.. takut seandainya satu ari nnti ad orang len yang akan sakitkan ati ak,, tp ak taw sebagai manusia biase.. ak x lari dari melakukan kesilapan.. mugkin bagi ak. pe yang ak wat, kata2 ka tidak menyakitkan ati sesape.. tp pada orang yang terkena 2 mgkin akan ase sakit ati..oleh yg demikian(ceh poy0 je ayt 2).. ak mintax maaf la kalau ak wat salah kat kowang.. ak taw korang mmg bek
Friday, July 24, 2009
::::
Posted by preTTy ClumsY** at 3:12 AM 0 comments
Tuesday, July 21, 2009
:Mesyuarat Agung Hantu-Hantu Kebangsaan:
SUATU MALAM di bulan puasa, bertempat di sebuah tempat yang dirahsiakan kerana tidak diketahui oleh manusia tentang logistik sebenarnya, para hantu mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-mubarak. Lantaran pergerakan dan tidak dapat bergerak bebas, para hantu mengambil kesempatan bulan puasa untuk mengadakan mesyuarat agung di samping bartanya khabar antara satu sama lain. Dalam keadaan berantai kaki dan tangan, para hantu bersusah mengadiri mesyuarat di ruang seminar yang juga tidak disahkan kedudukan sebenarnya. Mungkin juga lebih hebat dan prestij berbanding mesyuarat agung parti-parti politik dalam negara atau mungkin juga tak seberapa memandangkan tidak dapat bergerak bebas.
Sebagaimana organisasi parti-parti politik atau persatuan yang ditubuhkan oleh manusia, pertubuhan hantu-hantu kebangsaan juga mempunyai carta organisasi tersendiri. Selaku hantu yang paling besar dan popular, hantu raya dipilih menduduki kerusi presiden meskipun dicabar oleh pontianak. Timbalan presiden disandang oleh hantu penanggal. Naib presiden pula dijawat oleh jembalang, pocong dan pontianak. Setiausaha agungnya ialah pelesit. Manakala bendaharinya pula ialah toyol. Polong pula menduduki kerusi pengerusi tetap. Sementara langsuir, hantu galah, hantu kopek, hantu bungkus, hantu golek, antu air dan hantu lampor pula merangkap ahli jawatankuasa. Tidak keinggalan drakula, vampire dan hantu Jepun yang datang sebagai pemerhati. Namun pada tahun pemilihan jawatan tidak diadakan kerana sudah diadakan pada tahun lalu.
Setelah hantu raya merasmikan miesyuarat dan membuat ucapan pembukaan, membentang penyata mesyuaat tahun oleh setiausaha dan pembentangan laporan kewangan oleh bendahari, maka tibalah giliran para hantu melaporkan tugas dan ketidakpuasan hati berkenaan tugas serta tangungjawab masing-masing.
"Siapa yang mahu mulakan pemtentangan laporan dan usul kali ini?" ujar polong selaku pengerusi tetap.
"Aku dulu, tuan pengerusi!" laung langsuir seraya mengangkat tangan dan berdiri.
"Silakan... tapi bercakap tu biar bersopan sikit. Gunakan bahasa mesyuarat. Jaga sikit status kita sebagai hantu yang sopan-santun dan berbudi bahasa. Kau kan hantu wanita. Silakan, lang..." tegur polong.
"Maafkan saya, tuan pengerusi. Sebenarnya aku... ops! Sebenarnya saya dah fedap nak jadi hantu lagi. Saya fedap sebab manusia macam dah tak gerun lagi kat aku. Ahh! Payahlah nak cakap saya-saya ni! Manusia bukan saja tak gerun kat aku tapi berebut nak sumbat aku dalam botol sebab nak glemer masuk dalam paper. Dah tu pulak aku mengilai macam nak rak pun manusia buat dek je. Suara aku mengilai dah tenggelam dengan bunyi ekzos motor yang berlumba haram. Langsung aku tak boleh nak cari makan sekarang ni. Nak-nak lagi kat bandar. Sehinggakan nak beza perempuan pun susah. Sekali tu aku ingatkan nak hisap darah perempuan ngandung, rupanya mat rock yang berambut panjang dan perut boroi. Konfius aku dibuatnya. Jadi..."
"Stop! cukup setakat itu, lang. Masa tak mengizinkan. Kita beri peluang pada hantu lain pulak, okey? Next...!' pintas polong selaku pengerusi tetap kerana bimbang usul negatif langsuir itu mempengaruhi minda hantu-hantu yang lain.
"Saya! Saya... tuan pengerusi!' jerit toyol mengangkat tangan sambil terloncat-loncat untuk menarik perhatian pengerusi tetap.
"Silakan, yol!"
"Terima kasih , tuan pengerusi. Yang berbahagia tuan presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden, setiausaha, ahli jawatankuasa..."
"Tak payahlah ikut protokol sangat, yol. Buang masa je protokol ni. Teruskan dengan laporan dan usul anda," celah polong.
"Baiklah, tuan pengerusi. Untuk pengetahuan tuan pengerusi dan presiden, saya bercadang untuk meletak jawatan sebagai bendahari. Saya bimbang kalau-kalau tidak berupaya memikul amanah. Tuan pengerusi dan presiden faham-faham sajalah tugas dan peranan saya sebagai toyol. Kerja saya mencuri duit, bukannya menjaga duit. Jadi saya takut kalau-kalau tercuri duit persatuan. Seperkara lagi, saya sependapat dengan langsuir dan bercadang untul berhenti dari jadi hantu. Lagipun khidmat saya sudah jarang digunakan oleh manusia. Tambah pulak sekarang ni manusia lebih cekap mencuri dan merompak berbanding saya. Saya curi ikut person dan secara kecil-kecilan saja tapi manusia merompak secara besar-besaran. Dah tu siap guna senjata api dan ada yang sampai bunuh membunuh. Jadi..."
"Cukup, yol! Masa dah habis. Next.." Sekali lagi polong terpaksa memotong usul yang dikemukan oleh toyol sebagaimana yang disampai oleh langsuir sebentar tadi.
"Saya, tuan pengerusi...!" sahut pontianak sambil melonjakkan tapi tak terdaya untuk melonjak tinggi kerana dibelenggu rantai.
"Silakan, pon."
"Terima kasih, tuan pengerusi. Sebenarnya saya masih kecewa kerana kalah besar dalam pemilihan jawatan tahun lalu. Saya tak faham kenapa hantu-hantu sekalian memilih hantu raya padahal saya lebih popular. Kisah saya ada dalam filem manusia dan lagu pun ada..."
"Nanti dulu, pon! Saya rasa masalah awak tu lebih bersifat kepentingan peribadi. Kita beri peluang pada hantu lain, okey?.'"sekat polong.
"Saya, tuan pengerusi!"
"Tunggu dulu, tuan pengerusi. Saya belum habis cakap lagi," pontianak meninggikan suara dan cuba menghalang pelesit dari merebut gilirannya meluahkan perasaan.
"Berilah dia peluang," hantu raya selaku presiden menggunakan kuasanya untuk membenarkan bekas kekasihnya meneruskan bicara.
"Baiklah, presiden. Teruskan, pon..."
'Terima kasih, tuan presiden. I love you. Sebenarnya saya dah malas nak jadi hantu lagi. Manusia sekarang dah tak takut kat hantu lagi. Mereka lebih takut pada lembaga. Bukan lembaga hantu tapi Lembaga Hasil Dalam Negeri. Waran tangkap kesalahan trafik pun mereka takut. Lagipun buat apa nak jadi hantu lagi sebab manusia sendiri pun dah macam hantu. Ada yang jadi hantu judi, hantu mabuk, hantu perempuan, hantu dangdut, hantu..."
"Dah! Dah! Cukup...! Sekian saja mesyuarat kita kali ini. Dengan ini saya..."
"Tunggulah dulu, tuan pengerusi. Saya pun fedap jugak jadi hantu!" jerit pelesit yang tak puas hati kerana tak berpeluang meluahkan isi hati. Namun polong tetap menamatkan mesyuarat bagi mengelak sekalian hantu bersepakat untuk mogok daripada terus menjadi hantu.
"Tuan pengerusi! Giliran saya camne, tuan pengerusi? Tuan pengerusi...!!!"
"Tuan pengerusi...!!!"
~lawak x?~ x lawak pon.. pura-pura la gelak:-)
Posted by preTTy ClumsY** at 9:20 PM 0 comments
:Cara Melajukan Capaian Internet Anda:
1. Defaultkan wallpaper anda,biarkan kosong.Bagi Windows 98/ME/2K/ ,default wallpaper ialah warna biru muda.Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss.Jika gunakan wallpaper,terutamanya yangberwarna-warni ia akan membuatkan PC anda lagging semasa melayari laman web.
2. Klik Start/Run dan taip msconfig.Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak mahu keluar pada masa anda start komputer anda.Semakin kurang yang keluar pada startup anda semakin lajulah proses permulaan komputer anda dan melajukan loading site didalam internet.
3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau anda ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet anda.
4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke internet. Tidak lupa juga History anda dan Records. Klik Start/Settings/Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear.
5. Apabila anda connected daripada internet lebih daripada dua jam,restart computer anda dan reconnect kembali. Jika anda terus melayari internet connection anda ke server akan mula drop dan anda akan mula terasa data/connection anda mula menjadi perlahan.
6. Jika anda menggunakan dial up dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware anda diupdate kerana selalunya driver yang anda dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu anda haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut.
7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations,Play sounds,Play videos,Show pictures,Smart image dithering. Selepas ini anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana anda telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet anda semasa loading site.
8. Kemudian Klik Start/Settings/Control Panel/Network ,di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced.Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No..Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda..
9. Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik setiap masa,connection akan drop jika komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus.
10. Jangan install game didalam PC anda walaupun mempunyai hard disk yang besar.Biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam etc.
Posted by preTTy ClumsY** at 9:15 PM 0 comments
:assalamualaikum:
Selamat ar rabu.. pg ney x taw nk wat pe.. bagon2 trus je bkak tenet.. claz ari ney kol 3.. lmbt lg..hurm.. ari 2 bising cakap ad masalh tentang air.. mknenya kt kolej ak ney x de air la.. beria2 aka ngn romex ak tadah air ntuk wat sto.. tetiba.. bangun pagi td.. romex ak ckp.. air ad seperti biase.. huhuu.. xbimbang sangat la ak.. law x de air.. x mandi la pergi claz,, syyihh.. jgn gtau kt orang.. hihihii,, tp sekarang ad je air.. ak akn berbau wangi la.. so.. korang leh la dekat ngn ak..
Posted by preTTy ClumsY** at 8:59 PM 0 comments
Monday, July 20, 2009
:tips jaga badan:
Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua. Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Gerenti! kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
Jangan tidur 1 jam selepas makan tengahari.
Jangan sesekali tinggal makan malam. Sesiapa yang tinggal makan malam, dia akan di mamah usia dan kolestrol dalam badan akan berganda.
Nampak memanglah pelik... tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa.... Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.
Posted by preTTy ClumsY** at 8:56 PM 0 comments
::sejenak mengenai cinta:

What love is all about? Cinta boleh membuatkan kita bahagia, cinta juga boleh merobek hati! Siapakah PENCINTA HEBAT di Zaman ini? Ina Naim? Lydia Ibtisam dalam IMPIAN ILYANA? PUTERI SARAH LIYANA dan MAWI? Elyana atau OPIE dalam DUNIA BARU? JULIE ZIEGLER dalam KAYANGAN? Apa-apa pun cuba renungkan erti CINTA di bawah!
* Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo’akannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
* Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …
* Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
* Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
* Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
* Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. INGAT CERITA “LOVE IS CINTA!”
* Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.
* Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
* Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
* Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
* Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk mengetahui baahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
* Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.
* Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
* Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
* Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.
* Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
* Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
* Lemparkan seorang yang bahagia dalam percintaan ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
* Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.
* Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Tetapi jika ianya pahit, lupakanlah segera!!
* Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
* Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.
* Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya.
* Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
* Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
* Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
* Jika saja kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
Posted by preTTy ClumsY** at 8:20 PM 0 comments
+of+Emo_graphics_hi5_43.jpg)
